ciri - ciri lelaki idaman LISS ( ! )
ade lagi ke zaman skarang(?)
(aisehh(!) ta senonoh..bhahaha
contoh semate2 ukey
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan
satu petanda yang dia mencintai kamu.
Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut
dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan.
Berikut merupakan 25 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang
yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu
tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Orang yang mencintai kamu
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya
Orang yang mncintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu
selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu
akan mengirimkan SMS seperti:
‘selamat pagi’,
‘miss u
good night
‘take care’,
dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS nya,
kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeza,
bukan “aku CINTA padamu”,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Orang yang mencintai kamu
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya
dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan
selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang
kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa,tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu
akan
belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
Orang yang mencintai kamu
Kalau kali terakhir kalian bertemu
kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan
sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Orang yang mencintai kamu
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
Orang yang mencintai kamu
akan
memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu
akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat
gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintai kamu
selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Orang yang mencintai kamu
ika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Orang yang mencintai kamu
Dihatinya
dia benar-benar takut kehilangan kamu
pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
Orang yang mencintai kamu
bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali
dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim
SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Orang yng mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu
dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Orang yang mencintai kamu
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!
Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu
walau sesukar mana permintaan mu.
Orang yang mencintai kamu
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.
Orang yang mencintai kamu
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan
menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.
Orang yang mencintai kamu
jika dia benar2 mencintaimu,
dia mesti tahu barang apa yg kamu suka,dan dia
akan menghadiahkan kepadamu saat aniversary percintaanmu.
Orang yang mencintai kamu
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya
dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
Orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
idea penulisan dari : hanna liss
Labels: sweet kan?